Tulis ayat korang. Macam "Welcome here" or whatever okay! :B Bye Follow me | Dashboard
TrueBelieber





SURAT BUAT BAKAL SUAMIKU (bkn gatal..tp just think positif)
Friday 27 April 2012 | 22:48 | 0 comments

Untuk bakal suami aku pada masa akan datang, aku pun taktahu siapa sebenarnya . jodoh di tentukan oleh nya . so sekarang, kalau MUHAMMAD FAEZ jodoh aku, maka ini khas untuk diri nya .

kehadapan buat bakal suami ku , kalau kau nak kahwin dengan aku mesti lah kau perlu tahu apa aku suka ? dan apa y aku tak suka ? kita bakal hidup bersama tak lama lagi * 6 tahun akan datang * pertama sekali, aku bukan lah satu satunya pilihan y engkau ada, aku tidak pernah memandang diriku adalah terbaik untukmu. tapi y aku tahu , aku akan cuba memahami dirimu y bakal ku kenali lebih dekat apabila kita duduk sebumbung nanti . dan aku akan cuba jadi isteri y taat kepada mu dan solehah di bawah bimbingan mu .

aku juga tahu kamu bukan lah lelaki y paling sempurna y pernah aku kenali , namun engkau harus tahu kenapa engkau y menjadi pilihan ku . sebaliknya aku yakin engkau boleh bimbing aku ke arah y lebih baik dengan cara engkau melayan orang di sekeliling mu , cara engkau berinteraksi dengan ibu bapa/kawan kawan . namun itu tidak bermakna y kamu tidak akan berubah dan sentiasa baik di mata ku . cukup lah sekadar aku berdoa y dirimu sentiasa begitu . aku tahu Allah dengar doa aku .

kau perlu tahu, aku sangat rapat dengan keluarga ku , mak ku , adik ku dan semua nya lah . jangan lah engkau zalimi aku supaya tidak memberi aku berjumpa mereka setelah aku jadi y halal buat mu . aku berharap aku akan terus kekal kan hubungan ku dengan keluarga ku sehingga lah aku mati . enkau kena ingat aku bukan lah barangan y dijual oleh ibuku untuk mu , ikatan keluarga tidak dapat dijual beli mahupun dengan nilai dolar . jangan lah engkau terlalu mengawal hidup ku sehingga ingin berjumpa dengan ibu pun dilarang . jangan lah engkau menggunakan kuasa ultramen mu dengan mengawal aku sehingga aku tidak dapat berjumpa ahli keluarga . Sepertimana y engkau tahu aku adalah anak perempuan kedua dalam keluarga ku . aku adalah harapan kepada ibuku, dan aku harap keadaan itu tidak berubah setelah aku hidup bersamamu .

sebagai wanita moden, aku tidak berharap huluran wang y berlebihan cukup sekadar engkau memberi nafkah kepada ku kerana aku pun mempunyai gaji sendiri dan dengan gaji itu aku bermanjakan diri ku sendiri tanpa menggunakan wang y diberi olehmu . dan jangan lupa kita masing masing mempunyai tanggungjawab untuk ibu dan ayah kitaa dia kampung halaman . walaupun tidak wajib bagi ku sebagai anak perempuan tapi fahamilah niat aku untuk membantu ibuku y membesar kan aku . sebagaimana cita cita mu untuk memberi kesenangan kepada kedua ibubapa mu .

aku juga berharap engkau dapat menjaga hubungan dengan ahli keluargamu kerana tanpa restu ibu bapa rumah tangga y dibina tidak akan bahagia * rita & aidil * . jangan lah sesekali menyakiti hati mereka dan sentiasa lah mencari redha ibu bapa kerana tuhan akan memberkati perjalanan kita .

poligami itu hak dirimu y mutlak dan tiada kuasa untuk aku menghalang hukum TUHAN. sekiranya sampai tahap engkau ingin berpoligami berterus terang lah dengan ku agar aku tak terkejut dengan hasrat mu . :) aku akan cuba memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih pada seorang dengan syarat berlaku adil . aku tidak sanggup melihat suami ku berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan suatu hari nanti .

Akhir sekali aku akan cuba banyak bersabar dengan mu, dan fahami perangai mu namun aku takut sekirannya kesabaran itu akan hilang setelah selesai sudah akad nikah . perbezaan kita sangat beza dan aku perlukan masa untuk mencapai dan memahami tahap kematanganmu . aku adalah rusukmu y bengkok . maka luruskan lah aku dengan kasih sayang , aku bukan dicipta daripada kaki untuk engkau pijak pijak aku , dan bukan dari kepala untuk dijunjung tetapi dekat dibahu untuk dilindung . bila aku sedih engkau dapat menyuakan aku bahu engkau untuk aku menghilangkan rasa kesedihan y aku hadapi . maka kasihi lah aku selagi aku layak dikasihi .

akhir sekali . apa y aku nak dengar dan apa y aku tunggu bukan lah cuma perkataan y diucap sayang / cinta tetapi " AKU TERIMA NIKAH NYAAAA NUR KHALIJAH BT KAMALLUDDIN DENGAN .............. " Selepas itu kita akan jalani hidup bersama , dan syurga aku dibawah tapak kaki mu . dan aku harus taat dengan perintah mu . aku akan cuba jadi isteri y baik untuk kamu . cepat atau lambat engkau tetap bakal suami aku .

Dear Faez, sekirannya awak jodoh saya, kemana kita pergi , jauh mana jarak kita , gaduh sebesar lautan sekali pun , sekirannya saya jodoh awak . kita akan tetap bersama . dan saya tidak pernah lupa berdoa y awak adalah jodoh terbaik saya . sayang saya terhadap awak terlalu kuattt sehingga saya tidak dapat menoleh ke orang lain kerana hati saya hanya untuk awak :') terima kasih hadir dalam hidup saya y tidak seberapa . saya sayang awak .


Older Post | Newer Post